Tuesday, 30 June 2009
2. LUKISAN BUNGA – KUALITI LEBIH REALISTIK BERI KEPUASAN PADA PENCINTA KEINDAHAN
__________________________________________________________________________________
MELIHAT kualiti Lukisan Bunga karya Abd Latif Maulan pasti ramai yang tidak menyedari ianya mengambil masa antara seminggu hingga sebulan untuk disiapkan. Karyanya menuntut ketepatan, ketelitian dan kesabaran. Sudah dijangkakan, individu yang telah memiliki karyanya sering melahirkan rasa sangat puas hati.
Di sebalik kepuasan menatap lukisan daun-daun dan pelbagai jenis bunga, kita pastinya tertarik dengan kejelasan dan kualiti imej catan resolusi tinggi yang memberi pengalaman lebih realistik, khususnya struktur imej daun dan bunga-bunga yang lebih terperinci itu.
Ia bukan suatu yang mudah untuk dihasilkan dan hanya dapat dilaksanakan setelah Latif melalui pengalaman yang luas dan sikap gigih yang tidak kenal erti putus asa.
Dalam menghasilkan lukisan daun dan bunga berprestej seperti itu sememangnya perlukan peruntukan bajet besar serta persediaan yang rapi dari segi pengorbanan dalam pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian khusus. Latif melaksanakan fotorealismenya dengan teknologi terkini bagi mengekalkan daya saing sekali gus meletakkan dirinya seiring dengan arus permodenan.
Bakat dan keupayaan Latif dalam berkarya dioptimumkan sepenuhnya, sesuai dengan kehendak semasa, berdasarkan pertambahan kelompok khalayak yang semakin cerewet dan punya citarasa sangat tinggi. Menerusi evolusi dalam genre catan fotorealism dia mengorak langkah melaksanakan pelbagai pengubahsuaian dan kajian yang berterusan bagi meningkatkan kualiti karyanya sesuai dengan teknologi terbaharu.
Menerusi gambar yang disediakan jelas membuktikan kualiti lukisan bunga dan daunan Latif yang dirakam amat mengagumkan, khusus pada kadar perbezaan antara warna catan yang diperincikan dan ‘mode’ cahaya yang lebih realistik.
Perbezaan ketara juga dapat dilihat bilamana Latif berupaya meningkatkan perincian pada struktur titisan-titisan air yang menerapkan teknik catan trompe-I’ceil. Pesona kesegaran daunan dan bunga-bungaan dengan mengurangkan imej lesu serta meningkatkan pantulan cahaya yang semula jadi.
Pastinya kepuasan seperti ini yang sering dinanti peminat seni lukis ketika menatap lukisan Latif.
__________________________________________________________________________________
NOTA:Lukisan Daunan dan Bunga Latif Maulan kini pernah menjadi koleksi Tengku Zubaidah (Dubai), Encik Jespal dan Puan Salwa (Kuala Lumpur), Mr. Rainer Rotheff (Kuala Lumpur), En. Mazlan (Kuala Lumpur), Ms. Poul & Ms. Linda (Kuala Lumpur), Mr. Richard Gatwick (Kuala Lumpur), Pn. Siti Haslinda (Kuala Lumpur) dan koleksi peribadi yang datangnya dari pelbagai negara seperti Itali, Australia dan United Kingdom.[]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Blog Archive
About Me
- jiwafaham
- I must be smart if I want to play in the big arena, so I shall build a solid base and take the time to know the facts this year. I will remember, however, that all work and no play will lead to tedious. This is a year in which balance will have to be maintained.. I raeally know that "confessed faults are half mended" ...and please remember that my name is MOHAMAD AL AZIZ.. 50 YEARS OLD.
No comments:
Post a Comment