abd latif maulan - artis realism kontemporari
Thursday, 2 July 2009
4 GAMBAR PILIHAN MENGASYIKKAN:
Stress Night: Semuanya berpusat pada minda. Apakah minda anda sihat? Jika jawapannya tidak, maka berbagai petaka akan menyerang menyebabkan minda jadi tidak keruan. Itulah STRESS.
Stress Night ini merujuk kepada suasana sukma pada waktu malam. Tepuk dada tanyalah selera.. MAU SUASANA DARI SISI GELAP ATAU DARI SISI TERANG!
Percaturan hidup: Hidup ini adalah perjudian. Ia menuntut keputusan akhir:MENANG ATAU KALAH. Dalam permainan ini terdapat peraturan yang wajib dipatuhi, juga sub-peraturan yang boleh diikuti atau diabaikan. Begitu juga halangan-halangan yang perlu dilalui sama ada kita mahu atau tidak mahu. Permainan ini sangat mengasyikkan dengan ton warna-warna indah seperti elemen percintaan, kasih-sayang, persahabatan, gurau-senda dan pelbagai lagi. Juga sangat jemu dengan suasana persengketaan, perpisahan, kematian, putus cinta, bencana dan mala-petaka.
Hibiscus II: lihat detail.
Papaya banana: lihat detail.
1. ABD LATIF MAULAN: MENAWAN HATI KHALAYAK DENGAN PESONA CATAN RESOLUSI TINGGI
LUKISAN dibuat untuk ditatap. Tidak seperti membaca buku, masa lima saat saja sudah cukup untuk merangkum apa yang dilihat dari sebuah lukisan. Kalau orang ramai boleh menangkap keindahan lukisan itu dan menyimpannya dalam memori mereka, memang lukisan itu sangat bagus. Begitulah karya Abd Latif Maulan!
Sebab itu Latif fokus menghasilkan karya yang mesra khalayak. Dia memilih konsep realism foto dalam bentuk rakaman fotografi dan realism kontemporari sepertimana yang dapat dilihat oleh mata. Genre ini memberikan pesona kesan tampak setepat keadaan asal subjek dan objek yang dipilihnya. Sangat mewah dengan teknik catan resolusi tinggi yang halus menawan.
Sebagai pelukis, Latif suka kemiripan pada kenyataan. Sememangnya dia minat lukisan naturalisme atau realisme. Baginya elemen penting dalam melukis adalah objek. Di awal pembabitannya, objek realisme beliau ditentukan oleh objek itu sendiri. Kalau dia mahu melukis daun-daun, maka objek itu yang mengendalikan apa yang harus dilukisnya. Kalau objek yang sedang dilukis berubah, misalnya ada titisan air yang jatuh di permukaan daun itu, maka lukisannya juga berubah sesuai dengan objeknya.
Elemen kedua penting adalah mata, iaitu mata yang ada kesenian. Mata Latif memang tekun memerhati supaya dia boleh membuat lukisan yang realis dan natural. Setelah sekian lama belajar mendalami realisme, Latif benar-benar tahu, memahami dan boleh membuat lukisan realisme dengan teknik catan resolusi tinggi. Kini dia mampu melukis dengan gaya pesonanya sendiri. Lukisan Latif memukau mata.
Selain itu elemen latar belakang juga penting dan harus diambil kira. Bagi Latif, latar belakang lukisan seperti bunyi dan kesunyian sangat penting karena inilah elemen yang menyangga objeknya. Kalau tidak ada kekosongan, maka siapa yang dapat mendengar bunyi apabila tidak ada kesunyian di antaranya? Bagaimana kesunyian membawa mood pada lukisan 'stress night' ini? Jadi kesunyian yang meresap ke figure wanita itu perlukan fokus lima puluh peratus, dan tidak boleh kurang dari itu.
Bagi Latif, proses pengulangan juga tidak boleh diabaikan. Bila ada eksperiment bentuk, mestilah ada pengulangan sebagai ‘treatment’ atau proses membetulkan ketepatan bentuk. Kalau seseorang melukis secara langsung tanpa sempat memilih atau mengamati objeknya, mungkin masa terhad untuk dapat menyatu dengan objek tersebut. Sebab itulah Latif selalu gunakan objek yang dia sukai berulang kali, tetapi setiap kali dia melukisnya semula, Latif akan memberi identiti baru atau penambah baikan pada lukisan atau objek tersebut berbanding sebelumnya.
Begitu juga dengan minda pelukis. Pengalaman melayari lanskap persekitaran kehidupan sangat mempengaruhi minda, sikap peka, teliti dan pengamat yang setia. Hal ini menjadikan Latif lebih kreatif mencipta pesona dalam karyanya. Antaranya ialah meniru perlakuan tabiat unggas rimba, sifat pokok-pokok dan daunan, elemen alam flora dan fauna serta persekitaran yang tak nampak tetapi dapat dirasakan seperti hembusan angin, bahang panas matahari, kedamaian hutan dan kesegaran embun pagi. Proses meniru semula dan menambah nilai dari apa yang dilihat dan dirasai pada persekitaran itu dikatakan proses representasi yang kini membentuk identiti Latif.
Mengapa dalam lukisan Latif sering terdapat titisan air, kain batik dan kain sarung? Sebenarnya Latif suka titisan air, kain batik dan kain sarung dan inilah identiti lukisan Latif. Titisan-titisan air itu lambang keyakinan, harus boleh member kesegaran dalam lukisan sama seperti yang dirasai dalam kehidupan sebenar. Kalau hanya melukis objek sahaja, itu belum cukup segar maka Latif akan masukkan titisan air. Dalam karyanya terpamer kesegaran yang Latif ingin perlihatkan, tapi ide pertama beliau melukis titisan air itu masih tetap sebagai titis air yang jernih menyegarkan, sampai sekarang.
Kain batik dan kain sarung pula adalah lambang kasih sayang yang teguh dan ingatan yang sentiasa basah pada ayah-bonda, juga kekentalan budaya Melayu terpahat di jiwa Latif. Ide ini terus berkembang dengan penambah baikan dan peningkatan mutu dalam karyanya.
Jika diamati, sememangnya karya Abd Latif Maulan adalah gaya realis yang baru. Kalau ada realisma, seharusnya ada yang baru. Realisma sudah biasa merentas abad demi abad sehingga masa kini, tapi Latif telah memperlihatkannya dengan caranya sendiri. Inilah titik mula identiti, keperibadian, seterusnya jejak dan langkah kejayaannya. Ya, cara baru yang sangat pesona inilah milik Abd Latif Maulan.[]
Tuesday, 30 June 2009
2. LUKISAN BUNGA – KUALITI LEBIH REALISTIK BERI KEPUASAN PADA PENCINTA KEINDAHAN
__________________________________________________________________________________
MELIHAT kualiti Lukisan Bunga karya Abd Latif Maulan pasti ramai yang tidak menyedari ianya mengambil masa antara seminggu hingga sebulan untuk disiapkan. Karyanya menuntut ketepatan, ketelitian dan kesabaran. Sudah dijangkakan, individu yang telah memiliki karyanya sering melahirkan rasa sangat puas hati.
Di sebalik kepuasan menatap lukisan daun-daun dan pelbagai jenis bunga, kita pastinya tertarik dengan kejelasan dan kualiti imej catan resolusi tinggi yang memberi pengalaman lebih realistik, khususnya struktur imej daun dan bunga-bunga yang lebih terperinci itu.
Ia bukan suatu yang mudah untuk dihasilkan dan hanya dapat dilaksanakan setelah Latif melalui pengalaman yang luas dan sikap gigih yang tidak kenal erti putus asa.
Dalam menghasilkan lukisan daun dan bunga berprestej seperti itu sememangnya perlukan peruntukan bajet besar serta persediaan yang rapi dari segi pengorbanan dalam pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian khusus. Latif melaksanakan fotorealismenya dengan teknologi terkini bagi mengekalkan daya saing sekali gus meletakkan dirinya seiring dengan arus permodenan.
Bakat dan keupayaan Latif dalam berkarya dioptimumkan sepenuhnya, sesuai dengan kehendak semasa, berdasarkan pertambahan kelompok khalayak yang semakin cerewet dan punya citarasa sangat tinggi. Menerusi evolusi dalam genre catan fotorealism dia mengorak langkah melaksanakan pelbagai pengubahsuaian dan kajian yang berterusan bagi meningkatkan kualiti karyanya sesuai dengan teknologi terbaharu.
Menerusi gambar yang disediakan jelas membuktikan kualiti lukisan bunga dan daunan Latif yang dirakam amat mengagumkan, khusus pada kadar perbezaan antara warna catan yang diperincikan dan ‘mode’ cahaya yang lebih realistik.
Perbezaan ketara juga dapat dilihat bilamana Latif berupaya meningkatkan perincian pada struktur titisan-titisan air yang menerapkan teknik catan trompe-I’ceil. Pesona kesegaran daunan dan bunga-bungaan dengan mengurangkan imej lesu serta meningkatkan pantulan cahaya yang semula jadi.
Pastinya kepuasan seperti ini yang sering dinanti peminat seni lukis ketika menatap lukisan Latif.
__________________________________________________________________________________
NOTA:Lukisan Daunan dan Bunga Latif Maulan kini pernah menjadi koleksi Tengku Zubaidah (Dubai), Encik Jespal dan Puan Salwa (Kuala Lumpur), Mr. Rainer Rotheff (Kuala Lumpur), En. Mazlan (Kuala Lumpur), Ms. Poul & Ms. Linda (Kuala Lumpur), Mr. Richard Gatwick (Kuala Lumpur), Pn. Siti Haslinda (Kuala Lumpur) dan koleksi peribadi yang datangnya dari pelbagai negara seperti Itali, Australia dan United Kingdom.[]
Monday, 29 June 2009
3. LUKISAN FIGURE – NALURI, MIMPI DAN JERITAN BATIN ANTARA PERMAINAN EMOSI YANG VERISIMILITUDE!
BAHASA TUBUH dan permainan emosi benar-benar mengalirkan ilham Abd Latif Maulan dalam melukis. Kepelbagaian isu yang diketengahkan juga tidak kurang pesonanya, dalam mencetuskan spekulasi khalayak. Karyanya turut memungkinkan peminat seni rupa merasai adunan warna yang sangat harmoni sehingga menyerlah wibawa pelukis berpengalaman ini.
Lukisan Latif mudah difahami walau tanpa penjelasannya. Hal demikianlah yang menambah daya tarik dan sebagai unsur memikat. Karyanya selalu memukau pecinta seni lukis dari dalam dan luar negara.
Dalam perjalanannya berkarya, dia dikenal sebagai seorang pelukis yang mendukung aliran realisme yang ingin mengemukakan kenyataan berhubung benda yang wujud dan mampu dilihat oleh mata. Sifat benda harus objektif karena Latif melukiskan dunia kenyataan. Segala-galanya digambarkan seperti apa yang nampak dipandang.
Namun begitu lukisan figure Latif lebih berkisar pada konflik dalam jiwa manusia. Kehebatannya mengetengahkan naluri, mimpi atau jerita batin seseorang sebagai objek utama karyanya terserlah melalui ekspresi tubuh, ton warna yang mewah, skil catan resolusi tinggi yang begitu halus, kesan penataan cahaya yang sangat memberangsangkan dan latar persekitaran yang mengasyikkan jiwa.
Latif selalu berusaha menampilkan kehidupan sehari-hari dari karakter, suasana, dilema, dan objek, untuk mencapai tujuan verisimilitude (sangat hidup). Baginya komuniti dan persekitaran seseorang itu mempengaruhi interpretasi bahawa lukisan figure sama ada dari segi corak pemikiran, sikap dan kedudukan budaya kontemporari, mempunyai jalinan dengan zaman lalu dan bernilai sejagat.
Sehubungan itu gabungan elemen sensual moden dalam pelbagai rekaan membuat ia perlu ada dalam himpunan koleksi pelukis Malaysia seperti dirinya. Seiring cetusan isu sosial yang melanda masyarakat negara ini Latif cuba tampilkan isu panas seperti bohsia dan stress night. Seperti yang dijangkakan memang ia mencetus polimik.
Sebagai pelukis, pada awalnya Latif fikir tidak ada masalah memaparkan isu-isu panas begitu. Baginya lukisan adalah seni visual dan dia hanya meminjam objek seperti figure, bunga atau awan. Aturan dasar dalam melukis yang dia selalu amalkan adalah bagaimana memainkan garis, bentuk, ton dan warna dalam media. Sama seperti pemuzik yang bermain dengan nada lagu. Objeknya hanya suatu yang dipinjam untuk dicerna sebagai hasil seni.
Tetapi rupanya bagi khalayak dan peminat seni, ia sudah jadi lain. Ia sebenarnya melibatkan emosi orang yang menikmati lukisannya. Misalnya bagi orang beragama, orang yang berpegang pada adat-susila dari Negara Asia memang sangat berbeza berbanding orang dari Negara Barat. Puncanya hanya kerana tubuh yang dilukis oleh Latif sangat indah, ditampilkan dalam gaya mulus manja, mewah dengan warna kelembutan dan teknik catan yang sangat halus. Figure yang sangat pesona ini sebenarnya boleh menjadi masalah dan ia memang mencetuskan perdebatan, gossip, polimik dan perbincangan luas.
Biarpun gemar menyerlahkan rekaan detail, namun kesederhanaan cara berfikir dan kesungguhan dalam menjalankan kerjaya sebagai pelukis adalah kekuatan dalam diri Latif. Katanya, dia melukis karena dia tidak pandai mengarang dan menulis. Bahasa yang dia gunakan adalah bahasa lukisan. Bagi Latif, melukis adalah bekerja. Dia melukis seperti orang khusyuk dalam sembahyang, sangat tertib dan berperaturan. Melukis apa yang kelihatan dari pandangan mataseninya.[]

Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
Blog Archive
About Me
- jiwafaham
- I must be smart if I want to play in the big arena, so I shall build a solid base and take the time to know the facts this year. I will remember, however, that all work and no play will lead to tedious. This is a year in which balance will have to be maintained.. I raeally know that "confessed faults are half mended" ...and please remember that my name is MOHAMAD AL AZIZ.. 50 YEARS OLD.